Monday, April 19, 2010
HARI SUKAN
Pada 17 april 2010 yang lalu, Smk Seafield telah mengadakan hari sukan sekolah yang bertempat di Padang MPSJ, Subang Jaya. Pada masa inilah pelajar berpeluang menunjukkan bakat terpendam mereka. Semasa hari sukan ini juga bakat-bakat baru dapat dicungkil dan digilap. Pada tahun ini rumah ungu telah menjadi johan keseluruhan manakala bagi acara senamrobik rumah kuning mendapat tempat pertama. Bagi pertandingan kawad kaki pasukan pengakap telah mendapat juara. Tahniah kepada semua pemenang dan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan sukan kali ini.
Tuesday, April 6, 2010
"HARI TERBUKA"
7 April 2010 merupakan Hari Terbuka di mana ibu bapa berjumpa dengan Guru Tingkatan dan berbincang akan prestasi anak mereka. Hari Terbuka ini melibatkan semua pelajar di Tingkatan 3, 5 dan 6 atas. Bermula dari 7.30 - 10.30 pagi. Semoga ibu bapa dan guru dapat memanfaatkan peluang yang ada demi kecemerlangan pelajar.
Subscribe to:
Posts (Atom)