Thursday, May 27, 2010
Cuti Hari Wesak...
Esok cuti Hari Wesak...Kepada yang menyambut Hari Wesak..Selamat Hari Wesak dan kepada yang tidak menyambutnya Selamat bercuti.tapi jangan lupa datang sekolah semula pada 31 Mei ye...Cuti Pertengahan Tahun belum bermula...sabar ye...P&P akan dijalankan kepada Tingkatan 4, 2 dan 1....manakala bagi Tingkatan 6, 5 dan 3 peperiksaan belum tamat lagi...jadi gunakan waktu yang ada untuk mengulangkaji pelajaran.
Monday, May 17, 2010
Kek Hari Guru
Tema Hari Guru 2010
Guru Pembina Negara Bangsa
Ikrar Hari Guru
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
Sunday, May 16, 2010
Kami Guru Malaysia
Setiap tahun akan berkumandanglah lagu ini bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Guru. Jadi hayatilah lirik lagu ini bagi menaikkan lagi semangat kita dalam mendidik pelajar bukan sekadar nyanyian pelengkap acara.
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
Selamat Hari Guru
Pada setiap tahun, 16 Mei dirayakan sebagai Hari Guru bagi menghargai jasa dan pengorbanan setiap guru dalam mendidik anak bangsa. Sajak ini buat semua guru-guru di Malaysia.
Guru Oh Guru
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
oleh,
USMAN AWANG
1979
SELAMAT HARI GURU. JASAMU TETAP KAMI KENANG. TERIMA KASIH GURU.
Guru Oh Guru
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
oleh,
USMAN AWANG
1979
SELAMAT HARI GURU. JASAMU TETAP KAMI KENANG. TERIMA KASIH GURU.
Gotong royong Perdana
15 Mei yang lalu telah dijalankan gotong-royong di Smk Seafield. Aktiviti ini melibatkan semua guru dan dibantu oleh semua pelajar unit badan beruniform serta ahli pertahanan diri. Gotong-royong ini merangkumi seluruh kawasan sekolah termasuk bilik-bilik khas. Aktiviti ini dijalankan dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 10.00 pagi. Dengan penglibatan ini dapat memupuk semangat kerjasama serta mengeratkan lagi hubungan antara guru dan pelajar.
Friday, May 14, 2010
Peperiksaan Pertengahan Tahun Bermula....
Hari ini bermulanya Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi pelajar Tingkatan 4 Smk Seafield. Bagi pelajar Tingkatan 5 pula, peperiksaan akan bermula pada hari isnin nanti. Semoga pelajar menggunakan masa yang ada sebaik mungkin untuk mengulangkaji pelajaran. Setiap kejayaan perlu ada pengorbanan. Renung-renungkan.
Wednesday, May 12, 2010
Cintai Kebersihan Amalan SMK Seafield
Esok akan diadakan gotong-royong membersihkan kelas bagi seluruh warga SMK Seafield. Diharap dengan aktiviti ini dapat menanam sikap mencintai kebersihan dalam diri pelajar disamping memupuk sikap bekerjasama diantara satu sama lain.
Monday, April 19, 2010
HARI SUKAN
Pada 17 april 2010 yang lalu, Smk Seafield telah mengadakan hari sukan sekolah yang bertempat di Padang MPSJ, Subang Jaya. Pada masa inilah pelajar berpeluang menunjukkan bakat terpendam mereka. Semasa hari sukan ini juga bakat-bakat baru dapat dicungkil dan digilap. Pada tahun ini rumah ungu telah menjadi johan keseluruhan manakala bagi acara senamrobik rumah kuning mendapat tempat pertama. Bagi pertandingan kawad kaki pasukan pengakap telah mendapat juara. Tahniah kepada semua pemenang dan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan sukan kali ini.
Tuesday, April 6, 2010
"HARI TERBUKA"
7 April 2010 merupakan Hari Terbuka di mana ibu bapa berjumpa dengan Guru Tingkatan dan berbincang akan prestasi anak mereka. Hari Terbuka ini melibatkan semua pelajar di Tingkatan 3, 5 dan 6 atas. Bermula dari 7.30 - 10.30 pagi. Semoga ibu bapa dan guru dapat memanfaatkan peluang yang ada demi kecemerlangan pelajar.
Wednesday, March 31, 2010
MERENTAS DESA MSSD 2010
Pada 23 Mac 2010 yang lalu, beberapa orang pelajar Smk Seafield telah menyertai pertandingan Merentas Desa MSSD 2010 dan keputusan adalah seperti berikut:
1. Tempat Kedua : Lim Xin Wei, Kelly
2. Tempat Keempat: Johanna Loh
** Tahniah kepada pemenang yang mengharumkan nama sekolah
1. Tempat Kedua : Lim Xin Wei, Kelly
2. Tempat Keempat: Johanna Loh
** Tahniah kepada pemenang yang mengharumkan nama sekolah
Tuesday, March 30, 2010
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD 2010
Di Kejohanan Olahraga MSSD 2010 yang berlangsung pada 1 Mac hingga 9 Mac 2010, SMK Seafield telah berjaya merangkul 8 emas, 6 perak dan 2 gangsa.Di antara peserta-peserta yang berjaya mengharumkan nama sekolah adalah seperti berikut:
Kelas L1
Heptathlon - Emas
Carlos Benjamin Goonting
4x400m - Perak
1. Carlos Benjamin Goonting
2. Muhd Akmal Roslan
3. Gan Jay Han
4. Azri Abas
5. Jonathan Edwin Galan
6. Mohd Danial Adam
Kelas P1
Heptathlon - Naib Johan
Sim Ee Hui, Diane
800m - Johan
Chew Yee Fung
1500m - Naib Johan
Lim Xin Wei, Kelly
100m Lari Berpagar - Ketiga
Toh Shi Yuan
4x400m - Johan
1. Chew Yee Fung
2. See Wen Min
3. Lim Xin Wei, Kelly
4. Sim Ee Hui, Diane
5. Anusha Mohanan
6. Nurul Aina Mohd Kamil
4x100m - Naib Johan
1. Chew Yee Fung
2. See Wen Min
3. Ivy Foo
4. Toh Shi Yuan
5. Anusha Mohanan
6. Jihan Kamilah
Kelas P2
100m - Johan
Eugina Edwin Galan
200m - Johan, Ketiga
Eugina Edwin Galan
Teh Wen Wen
400m - Johan, Naib Johan
Eugina Edwin Galan
Yeo Eu-Nise
4x100m - Johan
1. Eugina Edwin Galan
2. Yeo Eu-Nise
3. Teh Wen Wen
4. Chewn Yee Hsuen
5. Piriyankaa
4x100m - Johan
1. Eugina Edwin Galan
2. Yeo Eu-Nise
3. Teh Wen Wen
4. Chewn Yee Hsuen
5. Piriyankaa
6. Soh Chui Pin
** Tahniah kepada semua pemenang...
Wednesday, March 10, 2010
PERKHEMAHAN PERDANA
Satu Perkhemahan Perdana akan diadakan pada 26 hingga 28 Mac ini bertempat di Smk Seafield. Perkhemahan ini melibatkan semua badan beruniform sekolah dimana setiap badan beruniform dikehendaki menghantar 15 orang peserta bagi menjayakan perkhemahan ini. Pelbagai aktiviti yang menarik bakal dijalankan dan peserta pasti mendapat pelbagai manfaat dari penyertaan ini. Semoga semua aktiviti sepanjang perkhemahan ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Anda pasti tidak berasa rugi dengan menyertai perkhemahan ini. Berbaloi-baloi
Tuesday, March 9, 2010
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1
Cuti sekolah bermula dari 13 Mac hingga 21 Mac. Di harap para pelajar dapat menggunakan masa cuti ini dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Jangan lupa menjaga keselamatan diri agar dapat kembali ke sekolah pada 22 Mac ni. Selamat bercuti dari kami.
Thursday, January 28, 2010
HAPPY CHINESE NEW YEAR
Untuk makluman semua, sekolah akan bercuti pada 13/2/2010 hingga 21/2/2010 sempena Tahun Baru Cina.
MESYUARAT PIBG 2010
Mesyuarat Agong PIBG SMK Seafield akan diadakan pada 7 februari 2010 bertempat di Dewan Sri Kenanga pada pukul 2.00 petang. Semua ibu bapa dan guru dijemput hadir. Sebarang masalah dan cadangan dapat dibincangkan pada hari tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)