Thursday, May 27, 2010
Cuti Hari Wesak...
Esok cuti Hari Wesak...Kepada yang menyambut Hari Wesak..Selamat Hari Wesak dan kepada yang tidak menyambutnya Selamat bercuti.tapi jangan lupa datang sekolah semula pada 31 Mei ye...Cuti Pertengahan Tahun belum bermula...sabar ye...P&P akan dijalankan kepada Tingkatan 4, 2 dan 1....manakala bagi Tingkatan 6, 5 dan 3 peperiksaan belum tamat lagi...jadi gunakan waktu yang ada untuk mengulangkaji pelajaran.
Monday, May 17, 2010
Kek Hari Guru
Tema Hari Guru 2010
Guru Pembina Negara Bangsa
Ikrar Hari Guru
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
Sunday, May 16, 2010
Kami Guru Malaysia
Setiap tahun akan berkumandanglah lagu ini bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Guru. Jadi hayatilah lirik lagu ini bagi menaikkan lagi semangat kita dalam mendidik pelajar bukan sekadar nyanyian pelengkap acara.
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
Selamat Hari Guru
Pada setiap tahun, 16 Mei dirayakan sebagai Hari Guru bagi menghargai jasa dan pengorbanan setiap guru dalam mendidik anak bangsa. Sajak ini buat semua guru-guru di Malaysia.
Guru Oh Guru
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
oleh,
USMAN AWANG
1979
SELAMAT HARI GURU. JASAMU TETAP KAMI KENANG. TERIMA KASIH GURU.
Guru Oh Guru
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
oleh,
USMAN AWANG
1979
SELAMAT HARI GURU. JASAMU TETAP KAMI KENANG. TERIMA KASIH GURU.
Gotong royong Perdana
15 Mei yang lalu telah dijalankan gotong-royong di Smk Seafield. Aktiviti ini melibatkan semua guru dan dibantu oleh semua pelajar unit badan beruniform serta ahli pertahanan diri. Gotong-royong ini merangkumi seluruh kawasan sekolah termasuk bilik-bilik khas. Aktiviti ini dijalankan dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 10.00 pagi. Dengan penglibatan ini dapat memupuk semangat kerjasama serta mengeratkan lagi hubungan antara guru dan pelajar.
Friday, May 14, 2010
Peperiksaan Pertengahan Tahun Bermula....
Hari ini bermulanya Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi pelajar Tingkatan 4 Smk Seafield. Bagi pelajar Tingkatan 5 pula, peperiksaan akan bermula pada hari isnin nanti. Semoga pelajar menggunakan masa yang ada sebaik mungkin untuk mengulangkaji pelajaran. Setiap kejayaan perlu ada pengorbanan. Renung-renungkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)